Ramai Terkesan Dengan Watak Puteri, Akhirnya Penonton Nampak Bakat Saya – Uqasha Senrose

Drama Hero Seorang Cinderella bukan sahaja tertumpu kepada pelakon utamanya sahaja tetapi juga buat Uqasha Senrose yang membawakan watak antagonis iaitu Puteri . Kata orang, setiap kelakuan jahat Puteri yang selalu cemburukan kebahagiaan Nura Media lakonan Fazura sangat memberikan kesan kepada penonton.


Pernah menerima pelbagai kritikan mengenai lakonannya, Uqasha meluahkan rasa syukur kerana akhirnya penonton sudah mula nampak bakatnya sebagai pelakon.
Alhamulillah, memang ramai terkesan dengan watak antagonis yang saya bawa dalam drama itu. Penonton mula nampak bakat saya sebagai pelakon. Secara tidak langsung juga dapat tutup mulut orang yang hanya bercakap tentang kisah peribadi saya sahaja.



Kadang-kadang sesuatu watak itu juga penting untuk menyerlahkan lagi bakat lakonan yang ada. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Uqasha yang berjaya membawakan watak dalam HSC dengan baik.

0 Response to "Ramai Terkesan Dengan Watak Puteri, Akhirnya Penonton Nampak Bakat Saya – Uqasha Senrose"

Post a Comment