
Menurut isteri kepada Nedim Nazri ini, dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan silaturahim yang telah terjalin dengan bekas mertuanya itu. Malah Nora menganggap mereka sebagai ibu bapanya. Kata Nora Danish:-
Menziarahi bekas mertua adalah perkara harus dibuat setiap tahun kerana saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri. Rayqal pula memang rapat dengan mereka jadi tiada sebab kenapa saya tidak boleh melawat walaupun saya sudah berpisah dengan anak mereka.
Seperti kebiasaan saya akan sambut hari raya secara sederhana tetapi tahun ini ia akan jadi meriah kerana akan meraikan bersama suami. Kami akan berhari raya di rumah keluarga Nedim terlebih dahulu dan keluarga saya sebelum membawa Rayqal berjumpa dengan bapanya.

Di kala institusi kekeluargaan rakyat Malaysia semakin hancur kerana penceraian, sikap Nora Danish ini harus dicontohi dan dijadikan teladan buat kita semua. Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, Nora tetap memastikan silaturahim yang telah terjalin tidak putus. Bukan mudah untuk melakukan semua ini jika kita tidak mempunyai hati yang tulus dan mulia. Tahniah Nora Danish. Semoga hubungan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat. Sama-sama kita doakan
0 Response to "Nora Danish Tetap Ziarah Bekas Mertua Di Aidilfitri Ini"
Post a Comment