Budayakan Rantaian Kasih Di Aidilfitri Ini Bersama HABIB

Hujung minggu lalu, Abang telah membawa keluarga ke The Curve untuk membuat persiapan Aidilfitri. Fuh!!! Memang penat berjalan dengan anak-anak cari baju raya. Habis satu kedai, satu kedai lagi. Tup-tup kami sekeluarga terlalu depan HABIB.


Apa lagi wife bukan main excited jadinya. Barang kemas HABIB memang feveret dia. Iyerlah, dah banyak tahun HABIB menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan berkualiti. Selain itu, HABIB Sentiasa menjalinkan ikatan erat bersama pelanggan. Hubungan yang terjalin ini memberikan HABIB inspirasi untuk menghasilkan koleksi dan rekaan “Budayakan Rantaian Kasih’ sempena Aidilfitri tahun ini.



amboi Alara kecik-kecik pun dah pandai

Disebabkan membawa 3 orang anak dan beg pun dah penuh tangan, Abang Nara cakap kat wife “kita balik dulu, ushar dulu koleksi “Budayakan Rantaian Kasih” HABIB nie kat Internet. Kita shorlist apa yang patut. Esok lusa datang kita terus beli”. Dengan hati yang berat, wife Abang Nara bersetuju. Malam itu, selepas anak-anak tidur, kami berdua bersama membuka laman web https://rantaiankasih.habibjewels.com untuk melihat koleksi-koleksi yang ditawarkan oleh HABIB sempena Syawal ini.



Ikhlas Abang Nara katakan, memang koleksi HABIB kali ini memukau, menawan dan mengujakan. Semuanya cantik-cantik belaka. Ikutkan hati, memang semua nak beli. Tapi kenalah ukur baju di badan sendiri kan? Antara koleksi yang mencuri perhatian Abang Nara dan wife ialah:-







Cantik kan? Memang rambang mata dibuatnya. Itu baru sikit. Kalau korang bukak laman webhttps://rantaiankasih.habibjewels.com, banyak lagi koleksi-koleksi rantai, gelang, berlian dan permata yang ada. Untuk Aidilfitri kali ini, koleksi utama yang diperkenalkan pada tahun ini ialah koleksi Arabesque yang diilhamkan oleh pereka dari HABIB. Berkonsepkan garis-garis dan bentuk geometri yang saling berkaitan dan lazimnya terdapat dalam hiasan Arab atau Moor, koleksi ini adalah ringkas, praktikal dan versatil untuk digayakan dengan pelbagai gaya dan melambangkan keindahan penyatuan serta hubungan. Koleksi ini didatangi dengan padanan emas 18K yang terdiri daripada emas kuning, putih dan juga emas ros bersama kilauan berlian yang pastinya memukau setiap mata yang memandang dan merangkumi rantai leher dan juga cincin.



Untuk kanak-kanak pun HABIB turut sama menghasilkan rekaan khas Koleksi Kanak-Kanak yang diperbuat dari emas 916 supaya sepadan dengan koleksi Raya ibu. Bolehlah matching-matching nanti. Nampak gaya Abang Nara “terpaksa”lah beli satu set untuk wife, Arissa dan Alara. Raya setahun sekali, apa salahnya kan? Gembirakan hati orang tercinta jugak.


Kaum Adam tak perlu bersedih sebab HABIB turut menyediakan Koleksi Jejaka HABIB yang melengkapi Baju Melayu, terdiri dari Butang Baju Melayu dan cincin lelaki diperbuat dari Palladium dan disemat dengan berlian, sesuai dipakai oleh lelaki Muslim. Fuh!!! Raya nie confirm kehenseman anda akan meningkat 100%. Hati-hati jangan sampai kena ngorat. Nanti mengamuk bini. Hehehe.


Menariknya, bersempena kempen “Budayakan Rantaian Kasih” ini, para pelanggan HABIB berpeluang untuk memenangi baucar ekslusif bernilai RM100.

0 Response to "Budayakan Rantaian Kasih Di Aidilfitri Ini Bersama HABIB"

Post a Comment