Pendaftaran permohonan BR1M 3.0 bagi pemohon baharu telah ditutup pada 31 Januari lalu.
Sementara itu, penerima sebelum ini hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
Pada pembentangan Bajet 2016 Oktober lalu, perdana menteri mengumumkan isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 layak menerima BR1M sebanyak RM650 manakala individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.
Kerajaan memperuntukan RM4.6 bilion bagi melaksanakan bantuan tersebut yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia.
0 Response to "Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) Akan Dikreditkan Terus Ke Akaun Bank"
Post a Comment