Sedih!!! SMS Terakhir Yang Tak Sempat Dihantar Sebelum Mati Kemalangan


Sejak terciptanya handphone, kebanyakan daripada kita gemar membuat panggilan atau menaip mesej ketika memandu, malahan ada juga yang ketika menunggang motorsikal.

Tapi tahukah anda perbuatan ini mampu mengundang bahaya, malahan membawa maut, seperti yang terjadi kepada seorang remaja di Amerika ini.

Baru-baru ini, seorang remaja berusia 22 tahun dari Greeley, Colorado, Amerika, yang sedang memandu kereta hilang kawalan ketika menaip mesej kepada rakannya menggunakanhandphone. Beliau yang juga seorang pelajar di University of Colorado terbunuh apabila kereta yang dipandu beliau  terbalik di tepi jalan. Ibu bapa mangsa telah menyiarkan gambar handphone mangsa yang mengandungi mesej terakhir yang tidak sempat dihantar kepada rakan beliau, dengan harapan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya membalas mesej ketika memandu:

Memang sedih tapi begitulah hakikatnya. Remaja sekarang kalau boleh memang tak nak lepaskan mata daripada handphone masing-masing, baik ketika memandu ataupun ketika membuat aktiviti lain. Bagi yang suka check handphone ketika memandu tu baiklah hentikan tabiat tersebut sebab ianya bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malahan mungkin meragut nyawa orang lain yang tidak berdosa.

0 Response to "Sedih!!! SMS Terakhir Yang Tak Sempat Dihantar Sebelum Mati Kemalangan"

Post a Comment