(GAMBAR)Fasha Sandha Dan Bayi Lelakinya Yang Comel




Daripada kejauhan pun sudah nampak kecomelan anak sulung Fasha Sandha dan Jejai ini. Daripada info yang diterima, kedua-duanya kini berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

gambar anak fasha sandha
Tahniah kami ucapkan pada Fasha Sandha dan keluarga.
Akhirnya, berita yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Selebriti yang juga merupakan isteri kepada Jejai, Fasha Sandha telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.21 pagi tadi.
Berita ini telah disampaikan melalui laman Facebook peminat, We Love Fasha, sebentar tadi.
Screen Shot 2013-04-15 at 11.46.46 AM
Jejai turut meluahkan rasa bersyukurnya melalui laman Twitter rasminya.
Screen Shot 2013-04-15 at 11.51.54 AM
Bagaimanapun, masih belum ada laporan lengkap tentang nama bayi mereka yang baru saja dilahirkan ini.
Untuk pengetahuan, ini merupakan anak pertama Fasha Sandha dan juga anak kedua bagi Jejai atau pun Rizal Ashram. Dia sebelum ini pernah mempunyai anak lelaki hasil perkongsiannya bersama bekas isteri iaitu Nora Danish.
Jejai dan Fasha telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 27 April 2012.

0 Response to "(GAMBAR)Fasha Sandha Dan Bayi Lelakinya Yang Comel"

Post a Comment