Penjaga Gol Farizal Marlias Buka Salon


Penjaga Gol Farizal Marlias Buka Salon
Penjaga Gol Farizal Marlias Buka Salon - Siapa yang tidak kenal dengan atlet sukan bola sepak tanahair Farizal Marlias. Jarang sekali kita mendengar cerita menarik melainkan profil kerjaya beliau sebagai penjaga gol Malaysia. Populariti sebagai penjaga gol pasukan Perak FA telah mendorong beliau untuk melebarkan lagi kerjaya sebagai usahawan.

Baru-baru ini Farizal telah mengumumkan di status laman sosial Twitter untuk mencari hair stylist dengan segera siap mendedahkan nombor telefon peribadi beliau sendiri.
Berani betul Farizal meletakkan nombornya itu. Tak takutkah diganggu oleh peminat misteri?
Penjaga Gol Farizal Marlias Buka Salon
Khabarnya, salon yang dinamakan FZ Studio Salon baru saja beroperasi di Sek. 15, Shah Alam, Selangor sentiasa dikunjungi ramai pelanggan yang rata-rata peminatnya.
Siapa tahu jika ada masa terluang nanti, mungkin Farizal sendiri yang memotong rambut pelanggan?
Sudah tentu selepas ini rambut Farizal akan lebih bergaya setiapkali turun beraksi diperlawanan bola sepak bukan. Atau mungkin beliau akan mendapat tawaran sebagai model rambut? Apapun, selamat maju jaya kepada bisnes baru Farizal Marlias dan kepada sesiapa yang berminat mengisi jawatan penggaya rambut di Salon Farizal bolehlah menghubungi beliau di nombor yang tertera di laman Twitter miliknya. Jangan minta borang nak jadi calon isteri sudahlah ya!

0 Response to "Penjaga Gol Farizal Marlias Buka Salon"

Post a Comment