Anis Nabilah Bidas Tuduhan Tak Amalkan Ajaran Islam


Jika sejak beberapa bulan lalu, program Dream Sisters yang disiarkan setiap Selasa, jam 6.37 petang di saluran TV9, mendapat kritikan pedas daripada penonton. Program yang didakwa meniru program Keeping Up With Kardashian itu dikatakan syok sendiri. Terbaru timbul pula isu bahawa program tersebut dikatakan menyimpang dari sudut agama Islam.


Sekaligus Chef selebriti Anis Nabilah menerima kritikan, menuduh dirinya dan keluarga tidak mengamalkan ajaran agama Islam di rumah dengan hanya berbekalkan secebis kisah kehidupan realiti mereka dipaparkan di kaca TV.

Menjawab tuduhan yang dilemparkan menerusi beberapa laman sesawang internet itu, Chef Anis mengakui terkejut dan terkilan dengan dakwaan sedemikian dan menyifakat tuduhan itu sangat melampau.

“Saya terkesima dan terkejut mendengar perkara ini. Saya tidak tahu kenapa timbul komen sebegitu. Walaupun program itu tidak menunjukkan amalan Islam seperti solat tetapi unsur-unsur Islam lain masih ada dan kami adik-beradik dibesarkan dan dididik berteraskan agama Islam. Contohnya, majlis akad nikah adik saya dilangsungkan di dalam masjid dan mengikut syariat yang ditetapkan dalam agama Islam”, katanya.

Chef Anis juga berkata setiap hari dia berdoa supaya diberikan hidayah kepadanya untuk berhijab. Tegasnya, sepanjang rancangan itu mereka adik beradik hanya menjadi diri mereka.

“Adalah tidak adil untuk bercakap begitu kepada kami, malah rancangan itu fokusnya adalah kerjaya kami dan usaha untuk memberikan inspirasi kepada golongan muda untuk berjaya”,

“Saya merupakan peminat program realiti TV dan kerana Dream Sisters sahaja memperjudikan nama saya sebagai seorang chef selebriti untuk menerima tempias negatif sebegini. Rancangan itu menunjukkan cara untuk mencapai impian dan saya tidak perlukan publisiti murahan untuk mencari rezeki”, ujarnya.

0 Response to "Anis Nabilah Bidas Tuduhan Tak Amalkan Ajaran Islam"

Post a Comment