[18++] MEGEJUTKAN.!!! Bunuh Gadis Cantik UiTM 2 Tahun LepasBunuh Gadis Cantik UiTM 2 Tahun Lepas, Akhirnya Pembunuh Dapat Balasan Setimpal

 

Bunuh Gadis Cantik UiTM 2 Tahun Lepas, Akhirnya Pembunuh Dapat Balasan Setimpal
Masih ingatkah dengan kes kelar sehingga mati seorang gadis cantik yang juga merupakan penuntut UiTM 2 tahun lepas? Akhirnya pembunuhnya dikenakan hukuman yang setimpal.

Bekas tukang masak lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping selepas didapati bersalah membunuh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, dua tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan terhadap Syarafi Abu, 27, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Syarafi didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Bukit Gantang, 11.55 pagi 2 Februari 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman “gantung sampai mati” jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Yusaini Amer Abdul Karim, Amril Johari dan Mohd Azrul Faidz manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh lelaki terbabit yang juga tinggal sekampung dengannya ketika mereka menaiki kereta menghala arah selatan pada hari kejadian.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar ketika mendapatkan rawatan.
Sumber Asal: Harian Metro

0 Response to "[18++] MEGEJUTKAN.!!! Bunuh Gadis Cantik UiTM 2 Tahun LepasBunuh Gadis Cantik UiTM 2 Tahun Lepas, Akhirnya Pembunuh Dapat Balasan Setimpal"

Post a Comment