Usaha memujuk pocong supaya turun dari menara elektrik



Agustinus (30), yang berpakaian seperti pocong memanjat menara elektrik setinggi 27 meter di Jalan Gatot Soebroto, Jakarta Selatan hingga saat ini belum mahu turun. Lelaki yang akrab disapa Agus itu pun cuba dipujuk oleh saudaranya yang berada di lokasi. Seperti dilapor detik.com, Jumaat (1/2/2016), dua saudara Agus yang bernama Blasius (49) dan Siprianus (49) berusaha untuk memujuknya turun. 



Bahkan Siprianus memanjat menara tersebut untuk memujuk Agus. Siprianus memanjat tiang elektrik tersebut untuk menghantarkan minuman  kerana, Agus sudah mulai berteriak minta minum kerana kehausan.

 Siprianus menggunakan kesempatan itu untuk memujuk Agus agar turun. Namun sayang, usaha Siprianus itu sia-sia. Setelah turun beberapa minit di ketinggian 15 meter, Agus kembali ke atas (25 meter) dan Siprianus pun kembali turun.

Menurut Siprianus, Agus akan turun jika peguamnya dan pihak Komisi III DPR datang ke lokasi.

“Ini permintaan terakhirnya, dia minta Ester (peguam Agustinus) bersama Komisi III didatangkan ke sini,” tutur Siprianus yang menjelaskan jika permintaan itu dipenuhi, Agustinus akan turun.

Lelaki berasal dari Nusa Tenggara Timur (NTT) itu tidak mahu turun walaupun sudah dipujuk oleh petugas dan anggota Komisi III DPR. Agus melakukan aksi nekadnya itu sejak pagi Khamis (31/1/2016).

 Aksi Agus itu menjadi heboh dan menjadi tontonan orang ramai. Agus menuntut agar pihak DPR mengabulkan permintaannya dengan membebaskan rakan-rakannya dari tahanan.

0 Response to "Usaha memujuk pocong supaya turun dari menara elektrik"

Post a Comment