4 Alasan Menarik Kenapa Wanita Tak Balas Mesej Anda | Perempuan akan cepat bosan dengan lelaki yang menghantar mesej yang sama setiap hari. Bukan apa, bagi mereka perkara ini sangat menjengkelkan mereka.
Pernahkah kaum lelaki terfikir kenapa si wanita tidak membalas mesej yang anda beri. Tidak suka ke?
1. Mereka dihujani dengan mesej yang sama
Di telefon bimbit, mereka ditanya soalan yang sama, bayangkan daftar masuk ke Facebook hanya untuk mendapati mesej yang belum dibaca dari segelintir lelaki yang bertanyakan hal peribadi seperti ‘jom keluar makan’, ‘kenapa diam saja’. Semuanya itu hanya membuatkan wanita malas untuk balas mesej.
2. Apabila wanita mendapati mereka boleh memiliki anda, maka mereka main tarik tali dengan anda
Jika seseorang wanita tahu dia boleh memiliki lelaki yang diingini maka dia mula untuk main tarik tali, dia mula bersikap acuh tak acuh. Mereka merasakan anda seorang yang sangat mudah, tiada cabaran langsung.
3. Wanita merasakan anda kaum lelaki tidak misteri, tiada daya penarik
Ada setengah wanita sukakan sikap misteri lelaki, mereka tidak sukakan lelaki yang sentiasa ingin mengongkong ataupun 24 jam berkepit dengan telefon pintar, wanita merasakan sangat rimas dengan lelaki sedemikian, mula tidak membalas mesej dan menjauhkan diri
4. Bila wanita sedang sibuk dengan kerja
Ini perkara biasa, bila seorang wanita sedang sibuk dengan karier yang sedang berkembang maka wanita tidak mahu diganggu dengan mesej ringan.
p/S: jadi.. kaum lelaki.. faham-faham lah ek knape perempuan tak balas mesej anda tuh..ehehehe
0 Response to "4 Alasan Menarik Kenapa Wanita Tak Balas Mesej Anda"
Post a Comment