Masjid Nabawi terletak di Madinatul Munawwarah. Dan kalau korang nak tahu kubah berwarna hijau yang ada pada Masjid ini dipanggil Qubbatul Khadhra’. Kubah hijau ini menaungi makam Rasulullah S.A.W bersama mertuanya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. Namun, korang ada perasan tak pada kubah hijau ni ada bintik hitam setipa kali gambarnya diambil. Korang rasa apakah bintik hitam tu agaknya?
Yang jawab dengan betul, tahniah. Bagi yang tak tahu meh edy bagitau korang. Sebenarnya bintik hitam pada kubah hijau tu adalah sebuah kubur. Macam mana pulak boleh ada kubur kat atas kubah tu? Jom baca sekejap kisah yang diceritakan oleh seorang tokoh sejarawan Madinah al-Munawwarah.
Kata-kata Syeikh Az-Zabidi,
Hingga kini tiada seorang pun mampu menurunkan mayat tersebut dari atas kubah. Kemudian seorang yang sangat soleh bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. dan memberitahunya bahawa tidak akan ada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut. Dengan kata lain, orang tersebut “dikuburkan” di atas kubah itu; dengan meletakkan sesuatu di atasnya sebagai penutup.... semoga menjadi 'ibrah dan pengajaran.”
Itulah antara kisah yang edy dapat kongsi dengan korang. Benar atau tidak, wallahualam. Dan kalau ada di antara korang yang ada bukti tentang kubur di atas kubah ini, jangan segan silu untuk berkongsi dengan edy kat sini ya. Kat bawah ni edy sediakan beberapa gambar dan satu video untuk tontonan korang. Semoga kisah kat atas ni bagi pengajaran dan pedoman untuk kita semua. Amin.
0 Response to "Misteri Bintik Hitam Pada Qubbatul Khadhra’ Di Masjid Nabawi (5 Gambar)"
Post a Comment