Kalau berani kita One by One la!!!


nakal3 thumb Kalau berani kita One by One la!!!

Assalamualaikum
Minggu ini ‘trending’ di media sosial. Tersebarnya video seorang pelajar (dipercayai ketua kelas) yang dibelasah oleh sekumpulan pelajar di sebuah sekolah. Agak kejam, dan pasti sesiapa yang melihat akan menyirap darah sampai ke kepala. Bikin panas beb!
Namun harus ku akui, tomoi budak yang membelasah tu agak baik. Mungkin jika digilap sedikit lagi, beliau berpotensi untuk menjadi Komando yang ditugaskan untuk men-Tomoi uncle Kiram kita di Filipina.
Rentetan itu, semalam pula tersebar luas gambar tiga malaun yang menjadi watak utama video tersebut. Kena gari. In some ways I felt sorry for them. But in most ways, I laugh. Suits you guys!
Minggu ini aku menjadi guru bertugas di sekolah. Mungkin nasibku kurang baik. Ketika aku bertugas jugalah banyak kes bergaduh dilaporkan. Hairan. Semasa sekolah dahulu aku tidak pernah bergaduh. Paling ganas pun, setakat mengurat junior yang comel di blok hujung kelas tepi pagar tu. Tapi cintaku ditolak. But that is another story.
*Gambar sekadar hiasan (tapi ada makna ok)*

Nak dijadikan cerita, kes gaduh budak sekolah ni sebenarnya perkara biasa. Di sekolah mana pun pasti berlaku. Semua! Termasuklah sekolah memandu.
Tapi mengapa mesti bergaduh disekolah? Mengapa mesti menyusahkan guru? Terutama yang ingin bekerja dengan gembira, minum nescafe nai peng dengan tenang, dan menunggu masa pulang ke kampung untuk jumpa isteri?? Why??
nakal4 thumb Kalau berani kita One by One la!!!
Berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakan pelajar bergaduh hanya untuk tunjuk kuat. Untuk menunjukkan kekuatan itu, harus ada penonton. Di mana ramai penonton? tentulah di sekolah! Pandai pula mereka mencari audience.
Fenomena ini dinamakan MINTAK PUJI. Atau dalam bahasa semenanjung, dipanggil ‘minte pujie’.
nakal2 thumb Kalau berani kita One by One la!!!
Punca pergaduhan pula kebanyakannya adalah perkara paling remeh-temeh di dunia. Dipandang saja pun sudah boleh menjadi asbab. At least carilah alasan yang kukuh untuk bergaduh. Contohnya menyelamatkan bumi, menghapuskan kejahatan, ataupun memerangi rasuah. Please lah korang~~~
nakal5 thumb Kalau berani kita One by One la!!!Your best friend is actually another copy of yourself. The only difference is, the face.
Apabila bergaduh, kalau boleh satu dunia hendak dibagi tahu. Sampai mahu berbunuhan. Konon lah. Spender pun masih jenama Ben 10, hingus meleleh pun emak lapkan. Nonsense betul.
Tapi, apa yang paling bikin aku panas, bukanlah pertengkaran pelajar tu. Bukan.
Kebanyakan pelajar (di tempat aku ni), hari ini mereka bergaduh besar…. bertumbuk, bertampar, kutuk nama bapak, maki nama datuk, baling kerusi dan banyak lagi aksi ganas.
Tapi percayalah, esok pagi, mereka akan berkawan semula. Rapat pula tu! Siap share makan sanggar di bawah tangga time rehat lagi. Bikin panas pun ada!
nakal1 thumb Kalau berani kita One by One la!!! We meet almost everyday. So why not we all just get along?
Apa yang penting, ia tidak berpanjangan. Syukur.
Tapi mungkin juga, kes bergaduh yang semakin berleluasa ketika ini adalah disebabkan oleh pihak pentadbiran sendiri pun asyik bergaduh saja. Ya lah.. Kalau guru-gurunya pun bergaduh memanjang, murid pula apatah lagi ye tak??
Bak kata nenekku, kepimpinan adalah melalui teladan. Guru kencing berdiri, murid kencing sambil tambling belakang.
Akhir kata, hargailah kawan. Jangan hanya senyum dan tegur bila perlu saja. Elakkan berkawan dengan penjual ikan (selfish). Negara tidak akan mencapai matlamat wawasan 2020 jika orang selfish ni berleluasa.
*Sudir Suichi*
nakal6 thumb Kalau berani kita One by One la!!!

0 Response to "Kalau berani kita One by One la!!!"

Post a Comment