[Anda WAJIB Baca ni..] Dah Dapat Kad Debit Baharu?

Perkongsian dari Anwar Badroldin mengenai kad debit baharu adalah sebagai langkah keselamatan sahaja dan tiada paksaan untuk mana-mana pihak mengikutinya. Perkongsian berkenaan juga dibuat berdasarkan kes yang pernah berlaku pada adik beliau. Jadi, para pembaca dinasihatkan untuk membaca keseluruhan artikel sebelum memberikan pandangan masing-masing.



Oleh Anwar Badroldin

Bermula 1 Januari 2017, semua kad debit/kredit hanya akan gunakan sekuriti PIN bagi menggantikan tandatangan.

Bagi yang telah menukar ke kad debit yang baru, anda perasan tak dalam kad tersebut telah ditambah fungsi Contactless Transaction (Paywave) yang membolehkan anda membuat transaksi tanpa memerlukan sekuriti PIN bagi pembelian di bawah RM250.

Dengan Contactless Transaction, anda hanya perlu menyentuh kad pada terminal dan wang anda akan ditolak dari akaun. Nilai maksimum untuk setiap transaksi adalah RM250 (Ini adalah amaun bagi Standard Chartered).

Bayangkan jika anda mempunyai empat kad debit yang baru dari bank yang berlainan. Anda akan kehilangan RM1,000 jika dompet anda hilang atau dicuri.

Jadi, bagaimana mahu mengelakkan perkara seperti ini berlaku?

Perkara pertama yang anda perlu buat setelah mendapat kad debit baharu ialah:
Hubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank yang mengeluarkan kad berkenaan dan berhubung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan mereka.
Minta mereka berikan amaun Contactless Transaction bagi kad anda.
Minta pihak bank hapuskan atau kurangkan nilai Contactless Transaction pada kad anda.
Bagi proses ini, pihak bank akan mengambil masa selama tiga hari waktu bekerja bagi mengemaskini penukaran tersebut.
Hubungi pihak bank selepas tiga hari dan pastikan Contactless Transaction telah dihapuskan atau nilai telah dikurangkan.

Bagi saya, biarlah leceh sedikit kena masukkan sekuriti pin bagi setiap transaksi daripada duit dalam akaun susut tanpa kita sedar. RM250 mungkin kecil bagi sesetengah orang, tetapi besar bagi saya.

Perkara ini penting dan adalah tanggungjawab saya untuk berkongsi mengenainya pada orang ramai.

Apa yang saya tulis hanyalah Precaution Action bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Anda tidak semestinya perlu mengikut atau setuju 100%.

Tindakan saya berdasarkan pengalaman adik saya bila keretanya dipecah dan pencuri hanya mengambil kad Touch & Go. Kenapa kad Touch & Go? Ini kerana penjenayah terbabit boleh menggunakan kad itu untuk membuat pembelian di premis yang menerima pakai kad Touch & Go. Dalam kes adik saya, habis licin kredit dalam kad itu digunakan dan sehingga ke hari ini, penjenayah tersebut masih belum ditemui.

Mungkin ada yang akan mempertikaikan kad Touch & Go bukan kad debit baharu yang canggih dengan sistem terkini, tetapi anda perlu ingat, 'player change but game remain the same'. Akan ada saja culprit yang akan mengambil kesempatan pada kelemahan sistem.

Apa yang saya kongsikan ini hanyalah sebagai pilihan bagi kita sebagai pengguna. Diharapkan maklumat ini dapat membantu masyarakat.

0 Response to "[Anda WAJIB Baca ni..] Dah Dapat Kad Debit Baharu?"

Post a Comment