MENYEDIHKAN.!!! Guru - "Tak Sampai Hati Nak Baca Sampai Habis Krangan Pelajar 11 Tahun Ini"

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj56BtROAMrZXvlWqVoqo68VUWE4bztxSzihC_vZM6EPOa7ZqKZXgmTreHz2VFBJthSycLVrapEj21ocuvQGTfhm9coyTHCRFqOmkAPus8DlAvL06JlJJ-gseeFyqazm3q2XFDX-YMUQws/s1600/susah.jpg

Kisah Benar: Tak Sampai Hati Nak Baca Sampai Habis Karangan Pelajar 11 Tahun Yang Viral Di Media Sosial Ini | Tersentuh hati penulis apabila membaca karangan Adik Nik Nur Kamelia Nik Mohd
ruan 11 tahun dari Kampung Pulau Kapas Demit Kubang Kerian Kelantan ini. Semoga anak-anak keluarga ini berjaya di dunia dan akhirat.

Saya orang miskin, saya selalu bawa duit RM1 sehari. Kalau ada (kelas) Fardu Ain, saya bawa RM2. Ayah saya pula kerja buat rumah batu dan ayah selalu berhutang dengan orang.

Kalau ayah saya dapat gaji, ayah saya bayar hutang orang lain sampai saya dan keluarga tak dapat makan.

Kalau saya tak dapat makan, saya dan adik saya pergi cari ubi kayu.

Kadang-kadang saya tak dapat makan ubi kayu, saya bagi adik. Saya tak makan pun tak pe.

Itu antara bait ayat yang dikarang Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan, 11, ketika diminta guru bahasa Inggeris sekolahnya menulis karangan mengenai ‘Myself’ pada hari kedua persekolahan, minggu lalu.

Karangan menyentuh hati itu ditulis murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Demit, Kota Bharu berkenaan dalam bahasa Melayu kerana mendakwa tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris.

kita perlu sedar, bahawasanya kita tidak senantiasa mendapat langit yang cerah, apabila mendung berarak kembali, hujan mencucuri diselang-selikan dengan guruh berdentum, boleh diibaratkas seperti roda di atas bila-bila masa sahaja boleh merudum di dasar jalanan.

0 Response to "MENYEDIHKAN.!!! Guru - "Tak Sampai Hati Nak Baca Sampai Habis Krangan Pelajar 11 Tahun Ini""

Post a Comment