SEGERA: Erra Fazira, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terjawab apabila dia disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sebentar tadi.
Menurut sumber Berita Harian, Hakim Syarie, Mohammad Adib Hussain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.
Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan Engku Aleesya kepada Engku Emran.
Image_11
Sebelum ini memang terdapat ura-ura mengatakan hubungan pasangan ini bermasalah namun Erra tidak pernah mengulas lanjut mengenai perkara itu di mana-mana media.
Sebelum berkahwin dengan Engku Emran, Erra pernah mengahwini pengarah filem, Yusry KRU  pada Jun 2003.
p1erra
Namun mereka bercerai tiga tahun kemudiannya.
_erra_dan_hans_06
Erra-Awie-565x377
Erra yang sinonim dengan gelaran Primadona Filem Melayu, juga pernah dilaporkan bercinta dengan Awie dan Hans Isaac.
Sumber: mynewshub

0 Response to "SEGERA: Erra Fazira, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu"

Post a Comment