Ibu Sms Jahanam La Kau Mati Dengan Azab Pada Afiq Muiz-Gempar apabila Afiq Muiz menunjukkan bukti SMS yang agak kasar yang dikirimkan oleh ibu Afiq Muiz sendiri. Mesti ramai peminat yang marah-marah pasal ni.Biasanya kata-kata ibu akan menjadi doa yang diterima Tuhan, kan?
SMS 1: Kau tunggu balasan Allah, hari ni dia bagi kau senang, esok lusa kalau dia nak cacat kan kau atau apa saja, tiada yang dapat melarangnya, aku cuma nak ingatkan kau sebelum terlambat.
SMS 2: Kau yang pilih jalan jahanam. Maka jahanam la kau. Mati kau mati dengan azab. Aku x akan ampun dosa kau.
KENYATAAN DARI IBU SAUDARA AFIQ MUIZ
Pendedahan eksklusif dari Melodi semalam memang berbeza sedikit kerana wartawannya sempat menemubual ibu saudara Afiq Muiz, dikenali sebagai Noreen yang nyata menyebelahi anak saudaranya dan meminta ibu Afiq untuk segera berubah dan mencari jalan penyelesaian terbaik dan khabarnya melalui sumber-sumber yang Melodi dapat, abang Afiq Muiz pula dihalau kerana membela Afiq.
Mak sedara Afiq memberitahu kakak iparnya iaitu ibu Afiq, Hasliza Mohd untuk bertenang dan mencari jalan berbaik semula, Noreen turut memohon agar ibu Afiq bertaubat dan baliklah ke pangkal jalan.
“Janganlah dihina anak yang baik ini. Anak ini bukan anak yang memberi masalah. Afiq ini bukanlah anak yang jahat.”Lebih menarik, ibu saudara Afiq menafikanl dakwaan Hasliza bahawa dia yang memperkenalkan Afiq ke dalam bidang lakonan serta asal usul Afiq yang kononnya seorang anak susah dan Hasliza terpaksa menjual burger untuk menyara Afiq.
Menurut Noreen, yang menyara hidup Afiq sekeluarga bukanlah ibu Afiq tetapi ayahnya.-budiey.com
Apa pendapat anda? Anda dipihak mana? #TeamAfiqMuiz atau #TeamIbuAfiq ?
KENYATAAN BALAS IBU EINA AZMAN
Sementara itu, nama Eina Azman sekaligus terpalit dengan isu ini memandangkan Eina satu-satunya wanita yang rapat dengan Afiq Muiz. Ibu kepada Eina iaitu Amy Roshaida terpaksa mempertahankan anaknya yang dituduh sebagai kaki kikis.
turut tidak merestui jika Afiq Muiz bakal jadi menantunya kerana Puan Amy tidak mahu anaknya kelak hidup dalam kebencian daripada ibu mertua.
“Anak saya baru berusia 18 tahun dan masih terlalu awal nak cakap pasal kahwin. Tapi kalau lihat dengan keadaan sekarang, saya tak bagi anak saya kahwin dengan Afiq. Eina sahaja telah dituduh mengikis, takkan saya nak lepaskan dia masuk ke dalam keluarga yang akan membencinya nanti. Saya pun hairan kenapa mereka boleh tuduh Eina kikis duit Afiq. Apa yang ada pada Afiq? Kalau betul anak saya kaki kikis, lebih baiklah dia rapat dengan individu yang lebih berkedudukan.”
“Selepas Afiq dihalau keluar dari rumahnya, saya dan anak (Eina) yang telah lama mengenalinya menjadi orang yang seringkali dia jumpa untuk mengadu sebarang masalah. Saya faham perasaan yang dia alami tetapi kami tidak pernah menghasut atau menghalang dia pulang kerumah.
“Padahal saya yang menyuruh dia berbaik semula dengan ibu dia. Saya kata pada dia walau apa sekalipun yang berlaku itu ibu. Tetapi dia pula berkeras kerana menurut Afiq, dia lebih mengenali siapa ibunya.
“Jadi saya tidaklah berkata apa-apa lagi hinggalah nama anak saya tiba-tiba dituduh nak mengikis duit Afiq. Kalau mana-mana ibu pun yang mendengar anaknya dituduh begitu pasti, mereka tidak akan senang duduk.
Baca: Afiq Digesa Bertaubat Sebelum Bala Segera Dari Tuhan
“Lagipun kami bukan tak ada duit sampai nak mengikis duit Afiq. Diharapkan orang yang kata anak saya nak mengikis tu siasat dulu siapa yang kikis duit siapa. Tunjukkan bukti anak saya kikis duit Afiq. Cerita begini menjatuhkan maruah keluarga saya.” – Portal Murai
0 Response to "Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz "Jahanam La Kau""
Post a Comment