Impian besar Agnes




Impian Agnes Monica, 26, untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa sudah lama digembar-gembur.



Namun, semuanya tinggal tanda tanya. Baik daripada pihak Agnes sendiri, impian yang berkemungkinan besar bakal menjadi kenyataan itu terus dibiar tergantung tanpa sebarang pengesahan nyata.

Di laman sosial miliknya seperti di Twitter mahupun di Instagram, penyanyi lagu Matahari ini terus membuatkan peminat tersayangnya yang menggelarkan diri mereka NIC (NEZindaClub Official) jadi teruja dan tertunggu-tunggu mengenai buah tangan terbarunya yang difahamkan diberi judul Carried sekitar Jun ini.

Malah tarikh album itu bakal dipasarkan juga terus mencipta spekulasi.

Tak kurang juga yang menulis komen berseloroh di Twitter iaitu peminat penyanyi Timbaland sendiri mengenai tarikh kemunculan album Agnes. Tetapi pada akhirnya komen itu dianggap hanya sekadar gurauan April Fool.
Tetapi ironinya kini, Agnes yang sedang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang sibuk menyiapkan ‘sesuatu’ seperti yang diharapkan penggemar muziknya. Beberapa komen di laman Twitternya jelas membayangkan apa yang diperkatakan itu.

0 Response to "Impian besar Agnes"

Post a Comment