Letak Gambar Mangsa Rogol, Zarina Beri Pengajaran Kepada Penulis Blog

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya. Terkejut Kami semalam apabila salah seorang kenalan online beritahu ada sebuah blog disyaki meletakkan gambar artis sebagai 'mangsa rogol".

Gambar tersebut sebenarnya cuma gambar hiasan namun penulis blog hiburan tersebut mungkin 'terlupa' meletakkan ayat sebagai "gambar hiasan sahaja..



Penyanyi tersebut yang juga dikenali sebagai Sharifah Zarina kini tampil membuat laporan polis dan akan menyaman penulis tersebut jika enggan membuat permohonan maaf dalam 14 hari. Katanya dia ingin menasihati semua penulis blog hiburan supaya sentiasa beretika ketika menulis sesebuat artikel terutama apabila melibatkan artis. Jom baca artikel dari Mstar hari ini.


.PETALING JAYA – Penyanyi Sharifah Zarina memberitahu tindakannya menyelar pengendali sebuah blog hiburan yang memuat naik gambarnya di laman blog mereka sebagai satu pengajaran yang perlu dijadikan iktibar. 
Sharifah Zarina, 32, berkata, dia mahu penulis blog tersebut bertanggungjawab diatas kesalahan yang telah memalukan dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang artis. 
“Saya tahu siapa dia dan alamat dimana blog berkenaan beroperasi, namun saya sengaja ingin memberitahu media tentang perkara ini agar ia dijadikan iktibar dan penulis berkenaan tidak mengulangi kesalahan ini lagi. 
“Saya mahu juga mahu blog-blog hiburan terutamanya yang berdaftar lebih beretika dalam menyiarkan berita-berita mereka. 
“Cara mereka mencuri gambar dan meletakkannya pada cerita yang salah telah menyebabkan saya dan keluarga menanggung malu,”

Blog hiburan bernama Jom sembang tersebut menggunakan gambarnya dengan cerita yang mengaibkan. 
Dalam pada itu, tambah Sharifah Zarina, dia juga memberi tempoh selama 14 hari sebelum mengambil tindakan saman kepada blog hiburan terbabit jika tidak memadam gambar-gambarnya dan tampil meminta maaf.
“Dia ambil gambar saya untuk cerita yang tiada kena mengena langsung, malah cerita tersebut tentang mangsa rogol.

Harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan dapat dijadikan ikhtibar kepada blogger lain supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan dan tidak suka-suka je aibkan orang lain. Kami akui selama ini pernah menulis artikel yang keterlaluan dan Kami mohon maaf kepada semua pembaca Kami.

Laporan Asal: harianmetro1

0 Response to "Letak Gambar Mangsa Rogol, Zarina Beri Pengajaran Kepada Penulis Blog"

Post a Comment